EREZEKI

Hasil carian imej untuk erezeki

Berkenaan eRezeki
Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

Pusat eRezeki juga telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara, bagi membolehkan rakyat yang mempunyai akses terhad kepada infrastruktur ICT yang baik untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini


Wakil eRezeki

Di bawah adalah senarai Wakil eRezeki yang boleh memberikan latihan mengenai program eRezeki untuk orang awam. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai mana-mana Wakil eRezeki, sila hubungi:


******************************************************************
Beranang

Pejabat Pos Beranang,
Jln Besar,
Beranang,
43700 Beranang,
Selangor

Tanjung Sepat

Pejabat Pos,
Nil Nil,
Kampung Baru,
42800 Tanjong Sepat,
Selangor

*******************************************************************

Jenis Pekerjaan Erezeki.

TUGASAN DIGITAL MIKRO

Tugasan yang mudah melibatkan pemasukan data, semakan dan pemprosesan imej atau tugasan yang tidak memerlukan kemahiran yang khusus atau tahap kemahiran yang tinggi. Walau bagaimanapun, ada juga beberapa tugasan yang memerlukan perserta menjalani latihan sebelum layak untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Contoh Tugasan Digital Mikro adalah: –
Mengisi data ke dalam borang atas-talian
Menyemak dan memadamkan data yang berulang
Menyemak dan menentusahkan foto/imej
Memuat turun dan menguji aplikasi
Tugasan berkaitan Search Engine Optimization seperti carian atas-talian
Tugasan yang berkaitan dengan Media Sosial, seperti memasukkan komen dan mengambil tangkapan skrin
Menjadi agen dropship
Membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui kenalan dan juga rakan perniagaan

TUGASAN DIGITAL

Kerja atau tugasan melibatkan domain kemahiran tertentu pembangunan aplikasi dan pembangunan perisian, tugasan kreatif dan grafik, kerja atau tugasan melibatkan kemahiran bahasa dan banyak lagi. Kategori ini memerlukan kemahiran khusus untuk menyiapkan tugasan.

Contoh kerja digital adalah seperti membangunkan laman web, membangunkan aplikasi telefon pintar, mencipta logo atau mereka bentuk grafik untuk produk atau syarikat tertentu, pengujian perisian, transkripsi audio / video, dan menukarkan format dokumen.

Tugasan atau kerja yang tidak memerlukan kemahiran teknikal ICT seperti menjalankan kaji selidik menggunakan borang pertanyaan, menjalankan tugasan dan perkhidmatan domestik, dimana tugasan ini diberikan secara atas talian, tetapi tugasan itu perlu dilakukan di luar rangkuman atas talian.

TUGASAN BUKAN DIGITAL

Contol tugasan Kerja Bukan Digital adalah: –
Melaksanakan bancian rumah ke rumah bagi tujuan kaji selidik
Melakukan semakan kepada harga barangan dan perkhidmatan
Menjalankan kerja sambilan seperti menjadi kru-kru acara dan program, perkhidmatan domestik seperti pembaikian paip, juruelektrik dan pembersih premis atau kawasan.

Tugasan seperti ini biasanya ditawarkan individu atau syarikat-syarikat tempatan yang berhampiran. Rakan strategik eRezeki ini biasanya memerlukan maklumat tambahan bagi mendaftarkan pekerja yang berminat, dan juga ada menyediakan latihan tambahan jika perlu.

Imej yang berkaitan

No comments:

Post a Comment